Belum mempunyai ID Pengguna?
Daftar A+ UPSR | Daftar A+ PT3 | Daftar A+ SPM

Soalan Lazim

Soalan: Bagaimana untuk melanggan sistem pembelajaran Tutor?
Jawapan: Sila layari http://www.tutor.com.my/contents/userguide untuk panduan pendaftaran.
Soalan: Anak saya belajar di tahun 5 dan tingkatan 2, adakah sistem pembelajaran ini sesuai untuk mereka?
Jawapan: Sistem pembelajaran tutor ini memfokuskan kepada latih tubi dan soalan yang dipaparkan adalah secara rawak. Ia tidak disusun mengikut tahap murid. Sesuai untuk murid/pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti murid tahun 6, pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5.
Soalan: Berapa lama tempoh masa untuk akaun diaktifkan?
Jawapan: Bagi pembayaran melalui MOLPay, akaun akan diaktifkan serta-merta setelah pihak MOLPay mengesahkan pembayaran. Bagi pembayaran menggunakan cek, wang pos dan perbankan internet, akaun akan diaktifkan setelah pihak kami menerima slip bayaran dan membuat pengesahan pembayaran.
Soalan: Apakah bentuk soalan yang disediakan?
Jawapan: Terdapat 2 bentuk soalan iaitu objektif dan subjektif. Untuk soalan objektif, murid boleh menyemak jawapan secara terus manakala bagi soalan subjektif/struktur, jawapan contoh akan diberikan untuk membolehkan murid membuat perbandingan dengan jawapan diberikan.
Soalan: Selain soalan, adakah terdapat nota disediakan?
Jawapan: Buat masa sekarang, tiada nota disediakan. Hanya soalan berbentuk latih tubi disediakan.
Soalan: Kenapa tiada markah untuk soalan subjektif didalam kad laporan?
Jawapan: Markah hanya diberikan untuk soalan berbentuk objektif manakala untuk soalan subjektif tiada markah akan direkodkan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hantarkan melalui borang ini.