Belum mempunyai ID Pengguna?
Daftar A+ UPSR | Daftar A+ PT3 | Daftar A+ SPM

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN A+
MEMBANTU PECUTAN AKHIR SEKOLAH DAN CALON

PROGRAM akan diberi dengan percuma pada tahun ini (2018) untuk semua calon UPSR, PT3 dan SPM di seluruh negara.

Hal ini bermakna semua calon peperiksaan ketiga-tiga tahap boleh menjawab soalan secara percuma 2 set TEXT atau NEXT yang disediakan A+.

Calon-calon di seluruh negara boleh log masuk di www.tutor.com.my bagi mendapatkan kata laluan dan kata kunci serta maklumat berkaitan tarikh dan masa peperiksaan. (lihat jadual di bawah)

Calon boleh `menduduki’ kertas peperiksaan secara atas talian atau dimuat turun dalam format acrobat reader tersedia dalam bentuk peperiksaan konvensional.

Format acrobat reader sesuai untuk peperiksaan berkelompok dan terkawal seperti di sekolah.

Guru boleh memuat turun dan membuat salinan mengikut bilangan calon. Jawapan juga disediakan bagi kedua-dua format peperiksaan di atas.

Soalan-soalan ini akan disediakan setiap tahun sebagai persiapan tahunan untuk calon ketiga-tiga tahap peperiksaan itu membuat pecutan akhir sebelum menduduki ujian sebenar.

Bagi calon SPM mereka akan disediakan dengan dua kali saringan soalan peperiksaan percubaan TEXT A+ (Trial Examination A+) dan NEXT A+ (National Examination A+) yang bakal mendapat kerjasama dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui data awal sebelum diterima masuk menggunakan penapisan peperiksaan sebenar.

Program kemasukan ke IPTS melalui saringan TEXT dan NEXT ini dikenali sebagai Selangkah ke Pengajian Tinggi bertujuan mengesan pelajar yang berpotensi tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran.

BILANGAN SET SOALAN DAN JADUAL UPSR, PT3 dan SPM

Bagi calon UPSR mereka dipelawa untuk mencuba secara percuma 2 set lengkap kertas soalan Bahasa Malaysia 1 dan 2 , dua set lengkap kertas soalan Bahasa Inggeris 1 dan 2, 2 set soalan lengkap kertas Sains dan 2 set soalan lengkap kertas Matematik.

Bagi calon PT3, dua set lengkap untuk empat kertas disediakan iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Lebih tumpuan diberikan kepada calon SPM memikirkan calon SPM perlu menduduki dua kali peperiksaan iaitu TEXT dan NEXT.

Lima kertas SPM disediakan iaitu Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Bilangan lima kertas ini memadai sebagai syarat kemasukan melanjutkan pengajian dengan syarat minimum mendapat sekurang-kurangnya lima kredit.

Pihak IPTS dengan kerjasama A+ akan memantau kad kemajuan calon SPM berdasarkan prestasi TEXT dan NEXT dan akan membuat susulan selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.

BAHAN LATIHAN TOPIKAL SEDIKIT TETAPI ISTIQAMAH MEMBANTU PENGUASAAN

Selain menyediakan kertas soalan ketika 'musim' peperiksaan A+, tutor.com.my menyediakan bahan latih tubi sepanjang tahun secara topikal sepanjang masa.

Terdapat lebih 60,000 soalan pelbagai standard yang disusun mengikut reka bentuk pengajaran yang disusun oleh pakar pendidik dalam A+.

Latihan dari semasa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu topik dapat dikuasai sepenuhnya merupakan reka bentuk pembelajaran yang dicadangkan dalam pembelajaran A+.