Mengenai TUTOR INFINITI

AKSES

Tutor Infiniti ialah laman web pembelajaran dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tutor Infiniti juga mesra telefon pintar untuk memudahkan murid mengaksesnya.
Tujuan pembinaan laman web ini adalah untuk menyediakan ruang ulang kaji kendiri dalam kalangan murid-murid sekolah serta anak-anak ekspatriat di luar negara yang akan menduduki peperiksaan kebangsaan di Malaysia.

BELAJAR

Kandungan Tutor Infiniti direka bentuk untuk mematuhi kehendak sukatan pelajaran dan format peperiksaan semasa. Keistimewaannya terletak pada reka bentuk instruksinya, perancangan jumlah soalan yang diakses oleh murid pada satu-satu masa, serta panduan jawapan.
Konsep utamanya ialah latih tubi. Kami yakin latihan berulang secara konsisten akan mengukuhkan kemahiran dan memperkuatkan daya ingatan. Hal ini membantu murid untuk memahami sesuatu topik pembelajaran dengan lebih baik lagi.

CEMERLANG

Kami percaya kecemerlangan pembelajaran mampu dicapai oleh setiap murid. Ulang kaji yang terancang, konsisten dan istiqamah pasti meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Justeru elemen kuantitatif dan kualitatif diutamakan dalam reka bentuk kad laporannya. Hal ini menjadikan Tutor Infiniti lebih relevan dan mempunyai tahap akauntabiliti yang lebih tinggi, Ibu bapa dan murid dapat melihat sendiri pencapaian dan kemudiannya merancang tindakan pengukuhan dan seterusnya mencapai kecemerlangan.

Cadangan Penggunaan TUTOR INFINITI


Tutor Infiniti hanya menyediakan satu sistem pembelajaran dalam talian. Ibu bapa masih perlu memainkan perana utama untuk memastikan murid masih minat mengulang kaji.

Hal ini penting kerana ramai dalam kalangan murid suka belajar pada saat akhir, belajar bersendirian serta banyak menghabiskan masa dalam alam siber. Suatu perkara yang perlu diambil berat adalah tumpuan belajar murid-murid (khususnya pada usia remaja) secara dalam talian adalah singkat. Murid biasanya akan cenderung memilih untuk mengakses elemen tiada kaitan pembelajaran akhirnya fikiran mereka menjadi kosong.

Hal ini mendorong Tutor Infiniti menyediakan konsep belajar berbentuk latih tubi berformat. Hal ini bermakna murid perlu belajar secara rutin iaitu singkat namun konsisten pada setiap hari. Pun begitu ibu bapa perlulah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mengamalkan rutin belajar.

Ibu bapa juga akan mendapat laporan kemajuan anak masing-masing setiap kali menjawab soalan.


Guru boleh menggunakan soalan-soalan Tutor Infiniti sebagai bahan pembelajaran.

Tutor Infiniti juga boleh digunakan Guru boleh menggunakan tutorinfiniti.com.my sebagai bahan utama pembelajaran dalam makmal komputer di sekolah. Guru boleh menayangkan dan membincangkan setiap soalan ketika sesi di makmal.


Murid perlu membina rutin belajar semasa menggunakan Tutor Infiniti. Rutin belajar 15 minit bermakna murid belajar pada lima hari seminggu secara konsisten dan terkawal. Maksudnya begini:

1 Rancang dahulu apa yang ingin diulang kaji – tentukan subjek dan seterusnya pilihlah sama ada menjawab soalan topikal ataupun soalan peperiksaan.
2 Jawablah 5 hingga 10 soalan sahaja pada satu-satu masa. Fahami arahan soalan, kemudiannya baca dan fahami soalan sebelum menjawab. Seterusnya semak jawapan serta fahaminya.
3 Catatkan tempoh masa yang diambil untuk menjawab kesemua soalan.
4 Ingat! Jangan gopoh dan terlalu laju untuk jawab soalan, ini bukan permainan video tetapi ini masa ulang kaji.

Amalkan rutin ini sertakan luangkan masa untuk aktiviti riadah dan keluarga. Yakinlah rutin belajar 15 minit ini akan membantu murid untuk memahami pembelajaran dengan lebih mudah.

Jika murid mengulang kaji secara konsisten 5 hari seminggu, maka murid telah menjawab sekurang-kurangnya 6000 soalan (5 soalan sehari) atau 12,000 soalan dalam masa 8 bulan. Ditambah pula dengan inisiatif yang disusun oleh sekolah serta buku-buku latihan yang dibeli. Pastinya persediaan ini akan membantu menjawab soalan peperiksaan dengan lebih yakin.